Selasa, 07 Februari 2017

Bacaan Doa Qunut Subuh Yang Pendek

DOa qunut adalah suatu doa tambahan yang dilaksanakan dalam sholat subuh terletak ketika berdiri setelah rukuk sebelum sujud. Doa Qunut menurut mazhab imam syafii adalah sunnah muakkad yang mendekati wajib sehingga apabila lupa maka orang sholat disunnahkan untyuk sujud syahwi 2 kali sebelum salam.

Namun di kalangan umat islam sendiri masih banyak yang menyepelekan sholat sehingga sebagian baru merasa sadar ketika sudah dewasa karena waktu kecil tidak belajar sholat apalagi hafal bacaan doa qunut.

Untuk membantu saudara umat islam yang masih belum hafal bacaan doa qunut maka saya sarankan untuk memilih doa qunut yang pendek aja.


Berikut bacaan doa qunut subuh yang pendek

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ 
وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ 
وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ 
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ 
وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ،
فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ 
وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ 
وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ 
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ 
فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ 
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ 
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan Doa Qunut (Latin)
Allah hummah dinii fiiman hadait.
Wa'aa finii fiiman 'aafait.
Watawallanii fiiman tawal-laiit.
Wabaariklii fiimaa a'thait..
Waqinii syarramaa qadhait.
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik.
Wainnahu laayadzilu man walait.
Walaa ya'izzu man 'aadait.
Tabaa rakta rabbanaa wata'aalait.
Falakalhamdu 'alaa maaqadhait.
Astaghfiruka wa'atuubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa'alaa aalihi washahbihi Wasallam.


Artinya DOa Qunut Subuh yang Pendek:


Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

untuk membantu anda nada yang masih kesulitan membaca doa qunut silahkan tonton vidoe berikut :

aaa



Doa Qunut Solat Subuh
✔Terdapat banyak pendapat dan pandangan di kalangan ulama tentang bacaan Doa Qunut.. Sebahagian ulamak mengatakan Doa Qunut adalah Sunnah Muakkad/ab'ad (sunnah yang dikuatkan) dan ada Sebahagian ulamak lagi mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan
✔ Sepertimana kita tahu Qunut merupakan doa yang dilakukan pada Solat Subuh atau Solat Withir. 
✔Di negara kita mengamalkan mazhab syafie sejak zaman berzaman (dan sekiranya ada diambil pendapat mazhab lain ia adalah berasaskan kepada keperluan dan difatwakan oleh mufti)
Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , selepas bangkit dari rukuk pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad (dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi) .. 

✔ Kenapa perlu diganti dgn sujud sahwi ? Bagi mazhab Syafei menetapkan bahawa qunut Subuh sunat hukumnya, bahkan ia lebih mendekati kepada wajib iaitu sunat muakkad. Oleh sebab itu apabila ia tertinggal hendaklah diganti dengan sujud sahwi. 

✔ Solat tetap sah jika doa qunut ini tidak dibacakan, tertinggal atau sengaja ditinggalkan sebab qunut bukan termasuk dalam salah satu rukun solat. (bukannya wajib..) 

✔ Jika dikerjakannya sujud sahwi dia mendapat pahala dan jika dia tidak mengerjakannya, sembahyang Subuhnya itu tetap sah, kerana sujud sahwi itu adalah sunat sahaja hukumnya.

Mengikut sesetengah pendapat Ulamak 
✔Adapun jika imam sembahyang Subuh tidak membaca doa qunut sama ada dia terlupa atau dia bukan bermazhab Syafi'e seperti keadaan yang berlaku di Tanah Suci Makkah, maka dalam hal ini, adalah disunatkan bagi makmum membaca doa qunut jika dia sempat melakukan sujud bersama-sama dengan imam pada sujud yang pertama dan kemudian disunatkan lagi baginya untuk melakukan sujud sahwi kerana wujud perbezaan sembahyangnya dengan sembahyang imamnya. Jika dia tidak dapat berbuat demikian (membaca qunut dan sujud bersama-sama dengan imam pada sujud yang pertama), maka hendaklah dia mengikut apa yang dilakukan oleh Imam dan kemudian dia disunatkan melakukan sujud sahwi.
✔ Bacaan doa qunut dibaca secara jahar (kuat) jika menjadi imam ketika solat berjemaah. Dan sirr (perlahan/ berbisik) ketika solat bersendirian.
✔ Jika imamnya membaca dengan jahar sedangkan makmum dapat mendengarnya, cukup bagi makmum mengaminkannya dan diharus mengangkat tangan apabila membaca doa tersebut..

***Imam Syafie berkata apabila sahih hadis itu maka ia adalah mazhabku dan sekiranya hadis sahih berlaku khilaf dengan kata-kataku, maka hadis Rasulullah lebih utama dari kata-kataku.

Jika salah sila perbetulkan dan tegur kerana saya baru belajar.
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam والله أعلم بالصواب .--------